Rabu, 03 April 2013

History Of Islam

Sejarah Islam
 Pada thn 622  Baginda rasul  Muhammad saw, memperoleh wahyu yang pertama  di Gua Hira'
ayat Iqro' yang pertama turun

 

 

 

 

 

 

 

 

 




Dari beberapa hasil pengamatan, Rasulullah Shallallahu Alaihi Wa Sallam sebelum itu telah membentangkan jarak pemikiran antara diri beliau dengan kaum beliau. Selagi usia beliau hampir mencapai empat puluh tahun, sesuatu yang paling disukai adalah mengasingkan diri. Dengan membawa roti dari gandum dan air beliau pergi ke gua Hira di Jabal Nur, yang jaraknya kira - kira dua mil dari Makkah, suatu gua yang tidak terlalu besar, yang panjangnya empat hasta dan lebarnya antara tiga perempat hingga satu hasta. Kadang  keluarga beliau ada yang menyertai kesana. Beliau menghabiskan waktunya untuk beribadah, memikirkan keagungan alam dan sekitarnya dan kekuatan tak terhingga dibalik alam. Beliau tidak pernah merasa puas melihat keyakinan kaumnya yang penuh kemusyrikan dan segala persepsi mereka yang tak pernah lepas dari tahayul.


Pilihan beliau untuk mengasingkan diri ini termasuk satu sisi dari ketentuan Allah atas diri beliau, sebagai langkah persiapan untuk menerima urusan besar yang sedang ditunggunya. Ruh manusia manapun yang realitas kehidupannya akan disusupi suatu pengaruh dan dibawa ke arah lain, maka ruh itu harus dibuat kosong dan mengasingkan diri untuk beberapa saat, dipisahkan dari kesibukan duniawi dan gejolak kehidupan serta kebisingan manusia yang membuatnya sibuk pada urusan kehidupan.




Begitulah Allah mengatur dan mempersiapkan kehidupan Muhammad saw, untuk mengemban amanat yang besar, merubah wajah dunia dan meluruskan garis sejarah. Allah telah mengatur pengasingan ini selama tiga tahun bagi Rasulullah saw, sebelum membebaninya dengan risalah. Beliau pergi untuk mengasingkan diri ini selama jangka waktu sebulan, dengan disertai ruh yang suci sambil mengamati kegaiban yang tersembunyi dibalik alam nyata, hingga tiba saatnya untuk berhubungan dengan kegaiban itu tatkala Allah sudah memperkenankannya.




Selagi Usia beliau genap empat puluh tahun, suatu awal kematangan, dan ada yang berpendapat bahwa pada usia inilah rasul diangkat menjadi rasul, mulai tampak tanda - tanda nubuwah yang menyembul dari balik kehidupan pada diri beliau.




Dituturkan dari Aisyah Radhiyallahu Anhu, bahwa Awal permulaan wahyu yang datang kepada Rasulullah saw ialah berupa mimpi yang hakiki didalam tidur beliau. Beliau tidak melihat sesuatu didalam mimpinya melainkan ada sesuatu yang datang menyerupai fajar subuh. Kemudian beliau suka mengasingkan diri. Beliau menyendiri di gua Hira' dan beribadah disana, hingga datang kebenaran tatkala beliau sedang berada di gua Hira'. Malaikat mendatangi beliau seraya berkata, "BACALAH!" berikut penutura beliau, "Aku tidak bisa membaca" Dia ( malaikat Jibril ) memegangiku dan merangkulku hingga aku merasa sesak. Kemuadian melepaskanku, seraya berkata lagi, "BACALAH!" Aku menjawab, "Aku tidak bisa membaca."




Dia memegangiku dan merangkulku hingga ketiga kalinya hingga aku merasa sesak, kemudian melepaskanku, lalu berkata,



اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ  الَّذِي خَلَقَ


خَلَقَ الإنْسَانَ مِنْ  عَلَقٍ


اقْرَأْ وَرَبُّكَ  الأكْرَمُ


 الَّذِي عَلَّمَ  بِالْقَلَمِ


عَلَّمَ الإنْسَانَ مَا لَمْ  يَعْلَمْ



"Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah, Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya." ( Al-Alaq : 1 - 5 )

Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam mengulang bacaan ini dengan hati yang bergetar, lalu pulang menemui Khadijah bin Khuwailid, seraya bersabda, "Selimuti aku, selimuti aku!" maka beliau diselimuti hingga badan beliau tidak lagi mengigil layaknya terkena demam.

"Apa yang terjadi padaku?" Beliau bertanya kepada Khadijah. Maka dia memberitahukan apa yang baru saja terjadi. Beliau bersabda, "Aku khawatir terhadap keadaan diriku sendiri" 

Khadijah berkata, "Tidak. Demi Allah, Allah tidak akan menghinakanmu selamanya, karena engkau suka menyambung tali persaudaraan, ikut membawakan beban orang lain, memberi makan orang yang miskin, menjamu tamu dan menolong orang yang menegakkan kebenaran."

Selanjutnya Khadijah membawa beliau pergi menemui Waraqah bin Naufal bin Asad bin Abdul-Uzza, anak paman Khadijah. Waraqah adalah seorang Nasrani semasa Jahiliyah. Dia menulis buku dalam bahasa Ibrani dan juga menulis Injil dalam bahasa Ibrani seperti yang dikehendaki Allah. Dia sudah tua dan buta.

Khadijah berkata kepada Waraqah, "Wahai anak pamanku, dengarkanlah kisah dari anak saudaramu ( Rasulullah )."

Waraqah bertanya kepada beliau, "Apa yang pernah engkau lihat wahai anak saudaraku?"

Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam mengabarkan apa saja yang telah dilihatnya. akhirnya Waraqah berkata, "Ini adalah Namus yang diturunkan Allah kepada Musa. Andaikan saja aku masih muda pada masa itu. Andaikan saja aku masih hidup tatkala kaummu mengusirmu". "Benarkah mereka akan mengusirku?" beliau bertanya. "Benar. Tak seorangpun pernah membawa seperti yang engkau bawa melainkan akan dimusuhi. Andaikan aku masih hidup pada masamu nanti, tentu aku akan membantumu secara sungguh - sungguh." Waraqah meninggal dunia pada saat - saat turun wahyu.

Nantikan kisah - kisah ( Sirah Nabawiyah ) Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam berikutnya .Insya Allah......., semoga menambah keimanan kita Amin...
Nabi Muhammad saw. dilahirkan di Makkah  pada tanggal 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 M bertepatan dengan tahun Gajah. Baginda sjak kecil seoorang yatim  ayahnya Abdullah bin Abdul Muttollib meninggal semasa beliau masih dalam kandungan dan Ibunya Aminah binti Wahb meninggal dunia semasa Nabi berusia 7 tahun. Kemudian beliau Asuh Kakenya Abdul Muthalib. Setelah Kakeknya meninggal baginda diasuh oleh Pamannya Abu Tholib. Baginda kemudiannya berkahwin dengan Siti Khodijah semasa beliau berusia 25 tahun dan menjalani kehidupan bahagia. Baginda pernah menjadi penggembala kambing. baginda seorang yang sangat amanah ( jujur ) semasa bekerja bersama Khadijah dalam menjalankan perniagaan wanita yang terhormat itu.
Masyarakat Mekah adalah jahiliyyah menyebah berhala, minum arak ,main perempuan, anak perempuan di kubur hidup2.
   Baginda banyak menghabiskan masa mencari ketenangan digua Hira'. Ketika Nabi Muhammad s.a.w. berusia lebih kurang 40 tahun, baginda mendapat wahyu lewat perantara Malaikat Jibril a.s. Mulai beliau berdakwah  ajaran Islam secara tertutup/ sembunyi2  kepada rakan-rakan terdekatnya dan seterusnya secara terbuka kepada seluruh penduduk Mekah.
Pada tahun 622 masihi, baginda dan pengikutnya berhijrah ke Madinah Al-Munawaroh Peristiwa ini berarti awal pemerintah islam yg pertama kali
  Selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w., seluruh  Semenanjung Arab di bawah penguasaan orang Islam.


Perkembangan Islam

Semenanjung Arab selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.
Secara umumnya Sejarah Islam selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. telah berkembang secara serius diseluruh dunia. Kholifah Banni Ummaiyah, Kholifah Banni Abassiyah, Kholifah Utsmaniyya  TurkiK

Khulafaur Rasyidin



  • 632M- Kewafatan Nabi Muhammad saw Saidina Abu Bakar dilantik menjadi Khlifah.
  • 633M- Awal pengumpulan Al qu'an
  • 634M- Kewafatan Saidina Abu Bakar. Syaidina Umar Bin Khottop dilantik menjadi khalifah. Penaklukan Dhamasik dan  Tanah Parsi
      • 635M- Penawanan madain
  • 636M- Penaklukan SYIRIA, Mesopotamia, dan Palestina
  • 637M- Mesir ditawan.
  • 638M- Penawanan Baitul Muqaddis oleh tentera Islam
  • 640M- Kerajaan Islam Madinah mula membuat duit syiling Islam.
  • 644M- Saidina Umar mati syahid akibat dibunuh. Syaidiana Utsman bin Affan menjadi khalifah.
  • 645M- Kempen di Afrika Utara. Cypprus di taklukkan.
  • 646M- Kempen menentang Byzantine.
  • 647M- Angkatan Tentera Laut Islam  diketuai oleh Muawiyah Abu Sufyan.
  •  Perang di laut menentang angkatan laut Byzantine.
  • 648M- Pemberontakan menentang pemerintahan Saidina Uthman.
  • 656M- Saidina Uthman wafat akibat dibunuh. Syaidini Ali Bin Abi Tholib dilantik Perang JAMAL
  • 657M- Saidina Ali memindahkan pusat pemerintahan daripada Madinnah ke Kuffah. Perang Siffin mulai bergejolak
  • 659M- Saidina Ali menawan kembali Hijaz dan Yaman.
  • 661M- Saidina Ali wafat dibunuh. Tamatnya pemerintahan Khulafa al-Rasyidin. Saidina Hasan (Cucu Rasulullah S.a.w) kemudian diangkat sebagai Khalifah ke-5 Umat Islam menggantikan Saidina Ali.
  • 661M- Setelah sekitar 6 bulan Khalifah Saidina Hasan memerintah, 2 kelompok besar pasukan Islam yaitu Pasukan Khalifah Saidina Hasan di Kufah dan pasukan Muawiyah di Damsyik telah siap untuk memulai suatu pertempuran besar. Ketika perang mau pecah pecah, Muawiyah kemudian menawarkan rancangan perdamaian kepada Khalifah Hasan,  dengan pertimbangan persatuan Umat Islam, tawaran perdamaian Muawiyah ini diterima secara bersyarat oleh Khalifah Saidina Hasan, dengan  Kekhalifahan diserahkan oleh Khalifah Hasan kepada Muawiyah. Tahun itulah dikenal dengan nama Tahun Perdamaian/Persatuan Umat, dalam sejarah Umat Islam. Sejak saat itu Muawiyah menjadi Khalifah Umat Islam.

  Kholifah Bani Ummaiyyah

  • 661M- Muawiyyah menjadi khalifah di kenal  Bani Ummaiyyah.
  • 670M- Mara ke Afrika Utara. Penaklukan Kabul
  • 677M- Penawanan Samarkand dan Tirmiz. Serangan ke atas Constatinople.
  • 680M- Kematian Muawiyah. Yazit 1 menaiki takhta.  Syaidina Husain terbunuh
  • 685M- Khalifah Abdul MALIK menjadikan Bahasa Arab menjadi resmi
  • 700M- Kempen menentang kaum Barbar di Afrika Utara.
  • 711M- Penaklukan Sepanyol, Sind, Transixiana.
  • 712M- Tentera Ummaiyyah datang ke Sepanyol, Sind, dan Transoxiana.
  • 713M- Penaklukan Multan.
  • 716M- Serangan ke atas Constantinople.
  • 717M- Umar BIN Abdul Aziz menjadi khalifah.
  • 725 M- Tentera Islam menawan Nimes di Perancis
  • 749M- Kekalahan tentera Ummaiyyah di Kuffah, Irak ditangan tentera Abbasiyah
  • 750M- Damasyik ditawan oleh tentera Abbassiyah. Jatuhnya Bani Ummaiyyah.

  Kholifah Bani Abbasiyyah

  • 752M- awal Kholifah Bani Abbasiyyah.
  • 755M- Pemberontakan Abdullah bin Ali. Abu Muslim terbunuh.
  • 756M- Abdur rahman 1.
  • 763M- Penundukan Kota Bagdad. Kekalahan tentera Abbasiyyah di Sepanyol
  • 786M- Harun Ar Rashyid menjadi Khalifah.
  • 792M- Serangan ke atas selatan Perancis.
  • 800M- perkembangan sains
  • 805M- Penawanan Pulau Rhodes dan Cyprus
  • 809M- Haru Ar rasyid Wafat,  Al Amin dilantik menjadi khalifah.
  • 814M- Perang saudara di antara Alamin dan Al ma'mun. Al-Amin terbunuh dan Al-Ma'mun menjadi khalifah.
  • 1000M- Masjid Cordoba
  • 1005M- Multan dan Ghur ditawan.
    • 1055M- Baghdad ditawan oleh tentera Turki Seljuk Awal Kholifah Abbasiyyah-Seljuk bermula, yang kekal sehingga tahun 1258 apabila tentera Mongol memusnahkan Baghdad.
  • 1085M- Tentera Kristian tawan Toledo.
  • 1091M- Bangsa Norman tawan Sycili pemerintahan Muslim.
  • 1095M- Perang Salib bergejolak 
    • 1099M- Tentera Salib tawan Baitul Muqaddis. Mereka membunuh semua penduduknya.
  • 1144M- Nurrudin Zengi tawan Edessa tentera Kristen Perang Salib kedua.
  • 1187M-Sallhuddin Al YUBBI tawan Baitul Muqaddis oleh tentera Salib. Perang Salib ketiga.
  • 1194M- Tentera Muslim menawan Delhi, India
  • 1236M- Tentera Kristian tawan Cordoba.
  • 1258M- Tentera Mongol menyerang dan memusnahkan Baghdad. Ribuan penduduk terbunuh Tamatnya pemerintahan Bani Abbasiyyah-Seljuk.
  • 1260M- Kebangkitan Islam. Kerajaan Bani Mamluk di Mesir (merupakan pertahanan Islam yang ketiga terakhir selepas Makkah & Madinah) pimpinan Sultan Syaifuddin Mujaffar Al QUTS menewaskan tentera Mongol.

KholifahTurki Uthmaniyyah

  • 1243M- Bangsa Turki  menetap secara tetap di Asia Kecil Aa
  • 1299M- wilayah pemerintahan kecil Turki di bawah Turki Seljuk
  • 1301M- Osman 1 mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan awal  Turki Uthmaniyyah.
  • 1345M- Turki Seljuk menyebrangbbat 
  • 1389M- Tentera Uthmaniyyah menewaskan tentera Serb di kosovo
  • 1402M- Timurlane, Raja Tartar (Mongol) menumpaskan tentera Uthmaniyyah di Ankara
  • 1451M- Sultan Muhammad Alfatih menjadi pemerintah.
  • 1453M- Constatinople ditawan oleh tentera Islam pimpinan Sultan Muhammad Al Fatih. Berakhirnya Byzantine
  • 1521M- Sultan Sulaiman Al qonuni dilantik menjadi sultan.
  • 1526M- Perang Mohacs
  • 1529M- Serangan dan kepungan ke atas Veinna.
  • 1571M- Perang Lepanto
  • 1641M- Pemerintahan Sultan Muhammad 1V 
  • 1683M- Serangan dan kepungan ke atas Vienna buat kali kedua.
  • 1687M- Sultan Muhammad IV meninggal dunia.
  • 1703M- Pembaharuan kebudayaan di bawah Sultan Ahmed III
  • 1774M- Perjanjian Kucuk Kaynarca.
  • 1792M- Perjanjian Jassy.
    • 1793M- Sultan Selim III.
  • 1798M- Napolion cuba untuk menawan Mesir
  • 1804M- Pemberontakan dan kebangkitan bangsa Serbia pertama.
  • 1815M- Pemberontakan dan kebangkitan bangsa Serbia kedua.
  • 1822M- Bermulanya perang kemerdekaan Greece
  • 1826M- Pembunuhan beramai-ramai tentera elit Jannisari Kekalahan tentera laut Uthmaniyyah di Navarino
  • 1829M- Perjanjian Adrianople.
  • 1830M- Berakhirnya perang kemerdekaan Greece.
  • 1841M- Konvensyen Selat.
  • 1853M- awal perang Crimea
  • 1856M- Berakhirnya perang Crimea
  • 1876M- Perlembagaan Uthmaniyyah diluluskan.
  • 1879M- Kongres Berlin.  Serbia dan Montenegro  diberi kemerdekaan. B ugaria diberi kuasa autonomi.
  • 1908M- Jawatankuasa Perpaduan dan Kemajuan atau lebih dikenali sebagai Turky Muda ditubuhkan. Perlembagaan Uthmaniyyah dikembalikan. Austria menyerang Bosnia HERZEGOVINA
  • 1912M- Perang Balkan pertama.
  • 1913M- Perang Balkan kedua.
  • 1914M- Empayar Uthmaniyyah memasuki Perang Dunia 1 sebagai sekutu kuasa tengah.
  • 1919M- MUSTOFA KEMAL ATATURK mendarat di Samsun
  • 1923M- Sistem kesultanan dihapuskan. Turky  sebagai sebuah Republik.
  • 1924M- Pejabat khalifah dihapuskan. Tamatnya pemerintahan Empayar Turki Uthmaniyyah.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar